Pengenalan

Peneraju perkongsian strategik pendidikan dalam bidang peralatan sains dan teknologi

 

 

Mendapat pengiktirafan terbaik dalam prestasi dan sokongan teknikal ke arah standard kualiti tinggi, Supreme Didactic komited dalam menjalin hubungan erat di antara para pelanggan kami dan syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1973, kami telah berkembang sebagai sebuah syarikat berstatus Bumiputera terulung yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan juga dilesenkan di bawah Petronas. Dengan meningkatkan daya inovatif dalam industri peralatan pendidikan, kami memperluaskan perkhidmatan secara progresif dengan mengeksport produk kami ke wilayah ASEAN dan Australia sejak tahun 1992.

Supreme Didactic telah membina reputasinya sebagai perintis trend yang terkenal dalam industri peralatan pendidikan dengan menyediakan akses terbaru dalam bidang peralatan sains dan teknologi. Mengatasi syarikat-syarikat lain menerusi teknologi canggih dan rekod prestasi cemerlang yang telah berkembang selama beberapa tahun, kami telah melebarkan sayap sebagai pembekal penyelesaian utama dalam industri pendidikan saintifik dan teknikal di Malaysia.

Di Supreme Didactic, visi kami ialah untuk membina sebuah sistem berintegrasi dan pembekal peralatan pendidikan saintifik dan teknikal bertaraf dunia. Menerajui era baru pembangunan, peluang dan produktiviti, visi dan misi kami membawa kami untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kami lakukan. Misi kami termasuk membangunkan dan menerapkan teknologi baharu ke dalam industri pendidikan tempatan, menghubungkan keperluan latihan teknikal tempatan dengan teknologi terkini di dunia dan juga menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan sebelum dan selepas jualan yang unggul.